TTT Basic Shopee Seller Course via Zoom

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai kira-kira 118 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti di bawah kendalian NERA telah menyertai satu latihan TTT yang diadakan pada 10 dan 11 November 2020. Latihan ini telah dilakukan melalui platform Zoom, iaitu salah satu platform sidang video secara atas talian.

Latihan ini bertujuan untuk melatih kakitangan PIK tentang cara-cara menjual barang di atas talian mengunakan aplikasi Shopee dan seterusnya, pengurus dan penolong pengurus PIK akan membuat latihan untuk mengajar para usahawan di komuniti masing-masing secara atas talian untuk memudahkan para usahawan untuk berniaga di musim pandemic Covid-19 ini. Tenaga pengajar untuk TTT kali ini ialah Pengurus PIK Sg. Limau Dalam iaitu Cik Nurul Elani Binti Rashid dan juga Pengurus PIK Kg. Titi Teras iaitu Cik Juhaida Binti Makhtar.

Latihan telah bermula pada pukul 9:30 pagi dan berjalan lancar meskipun dengan hanya menggunakan kaedah secara atas talian. Ilmu dan perkongsian tips yang diajar dapat difahami dengan mudah tanpa sebarang masalah. Dengan ini juga, diharap TTT ini dapat meningkatkan kemahiran kakitangan PIK dan seterusnya, kakitangan PIK dapat berkongsi ilmu di pusat internet masing-masing dengan bersama-sama mengajar komuniti di sekitar PIK untuk lebih memahami cara-cara penjualan secara atas talian dan membantu mereka menjana pendapatan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali